Friday, February 20, 2009

Ulasan

Jumaat, 2009 Januari 23
Ulasan Cerpen 'Sebutir Pasir Di Kaki'

Soalan:

Anda telah membaca sebuah cerpen yang menarik dalam salah sebuah antologi. Tulis ulasan tentang cerpen tersebut.

Jawapan:
Judul cerpen: Sebutir Pasir di Kaki.
Nama Pengarang: Norhisham Mustafa
Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Tahun: 2000


Cerpen yang telah saya baca baru-baru ini ialah ‘Sebutir Pasir di Kaki’, iaitu karya Norhisham Mustafa. Cerpan ini termuat dalam antologi ‘Kerusi’ yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2000. Saya memilih cerpen ini kerana ia mengandungi beberapa keistimewaan yang ingin saya kongsi pada semua pembaca.

Cerpen ini mengisahkan seorang pemuda yang bernama Faud. Dia berasa marah apabila mendapati geran tanah pusaka milik keluarganya diambil oleh Datuk Sukar, bapa kekasihnya. Faud marah keran kejadian itu berlaku ketika dia berada di Singapura. Dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Datuk Sukar untuk meminta geran tanah tersebut semula. Faud bersekemuka dengan orang kaya itu dan Datuk Sukar menjelaskan kepada Faud bahawa tanah itu akan dijadikan tapak kilang tekstil oleh sebuah syarikat dari Hong Kong. Datuk Sukar berkat tauke Ban Heng hendak memajukan tanah tersebut secara usaha sama dengan tujuan untuk memanfaatkan tanah tersebut. Walaupun Faud akan memperoleh RM280 ribu sebagai harga tanah tersebut, dia tetap menolaknya. Akhirnya Datuk Sukar menyarahkan geran tersebur kepada Faud tetapi dia telah menghalau faud dari rumahnya, memecatnya dari jawatannya serta memutuskan hubungannya dengan Juanah, malah mengharamkan Faud daripada menjejakkan kaki di rumahnya.

Cerpen ini bertemakan kesungguhan seorang anak muda dalam mempertahankan haknya. Faud dengan tegasnya enggan menjual tanahnya sebaliknya berusaha untuk mendapatkan geran tanahnya semula daripada Datuk Sukar. Sikap Faud harus iamalkan oleh semua orang supaya dapat menyelamatkan harta pusaka mereka dan tidak mudah ditipu. Persoalan yang timbul selepas membaca cerpen ini ialah tipu helah dan putar belit hartawan dalam usaha hendah mera,pas harta orang lain. Datuk Sukar merencanakan rancangannya untuk merampas harta tusaka Faud dengan memberinya kerja dan merestui hubungan cinta antara Faud dengan anaknya. Selain itu, kecintaan terhadap tanah pusaka melebihi cinta terhadap seorang gadis juga merukan salah satu persoalan yang termuat dalam cerpen ini. Faud rela memutuskan hubungan dengan kekasihnya daripada menyarahkan tanah pusaka milik keluarganya.

Plot cerpen ini disampaikan secara kronologi. Eksposisi cerpen ini menperkenalkan watak Faud yang marah apabila tanahnya hendak diambil Datuk Sukar. Faud pergi ke rumah Datuk Sukar untuk berbincang dengan orang kaya itu pada peringkat perkembangan. Pada peringkat perumitan pula, Faud enggan bertolak ansur dengan Datuk Sukar untuk menjual tanah tersebut. Klimaks cerpen ini mengisahkan kemarahan Datuk Sukar. Datuk Sukar pengsan pada peringkat peleraian . selain itu pelbagai teknik plot digunakan oleh pengarang dalm menulis cerpennya. Antaranya ialah teknik imbas kembali. Sebagai contohnya, Faud mengenang kembali pertemuannya dengan Junainah di halaman rumah Junainah. Secara keseluruhannya, plot kronologi ini disusun mengikut urutan, iaiut waktu dan peristiwa yang berlaku dahulu akan didahulukan manakala yang berlaku kemudian akan dikemudiakan.

Cerpen ‘Sebutir Pasir di Kaki’ ini telah didukung oleh beberapa watak yang menarik. Watak utamanya ialah Faud. Faud merupakan anak bongsu daripada dua adk-beradiknya. Dia berusia 27 tahun dan masih bujang. Dia merupakan pekerja Datuk Sukar, iaitu bapa kekasihnya. Faud merupakan seorang yang tegas. Ini dapat dilihat apabila dia tetap tidak mahu menjual tanah pusaka walaupun ditawarkan harga yang tinggi. Dia juga berani kerana sanggup berjumpa dengan Datuk Sukar untuk mendapatkan penjelasan tentang penyerahan geran tanah oleh ibunya. Selain itu, Datuk Sukar juga merupakan salah satu watak dalam cerpen ini. dia merupakan usahawan yang Berjaya dan memiliki kekayaan. Datuk Sukar suka mengambil peluang terhadap orang lain. Hal ini telah dibuktikan apabila dia meminta ibu Faud untuk menandatangani surat penjualan tanah semasa Faud berada di Singapura.

Latar tempat dalam cerpen ‘Sebutir Pasir di Kaki’ ialah rumah Faud dan di kawasan rumah Datuk Sukar, iaitu di dalam dan di luar rumahnya. Selain itu, maktab perguruan dan Dewan Negeri turut menjadi latar tempat dalam cerpen ini. masyarakat peniaga merupakan latar masyarakat cerpen ini. golongan peniaga diwakili oleh Datuk Sukar dan tauke Ban Heng. Seterusnya latar masyarakat cerpen ini ialah masyarakat yang tamak. Datuk Sukar mahu memiliki tanah pusaka kepunyaan keluarga Faud walaupun dia memiliki banyak harta. Latar masa cerpen ini pula ialah pada waktu petang, waktu Maghrib dan waktu malam.

Cerpen ‘Sebutir Pasir di Kaki’ mempunyai beberapa nilai dan pengajaran yang patut menjadi teladan dalam keehiupan semua orang. Antara nilai yang ada dalam cerpen ini ialah nilai kasih sayang. Nilai ini digambarkan melalui watak Faud yang sayang akan ibunya dan kekasihnya, Junainah. Selain itu, watak Faud juga mengambarkan nilai keberanian di mana dia berani menentang tindakan Datuk Sukar meskipun Datuk Sukar merupakan majikannya. Pengajaran dalam cerpen ini ialah kita mestilah berani mempertahankan hak kita. Faud berani mempertahankan tanah pusaka keluarganya daripada diambil oleh Datuk Sukar. Pengajara lain ialah ialah kita hendaklah menghindarkan ikap mementingkan diri. Datuk Sukar memntingkan diri dan tidak berunding dengan terlebih dahulu sebelum bertindak mengambil tanah.

Kesimpulannya, cerpen ini memberi manfaat kepada penbaca. Nilai keberanian yang terpapar dalam cerpen ini dapat dijadikan teladan untuk segenap lapisan masyarakat. Nilai mulia seperti kasih sayang terhadap ahli keluaga mampu dijadikan teladan dalam kalangan remaja. Dengan adanya sorotan karya ini, ibu bapa dan para remaja sedar akn kepentingan menjaga hak keluarga mereka. Cerpen ini turut ditunjungi penguasaan bahasa yang indah dan berkesan. Oleh itu, cerpen ‘Sebutir Pasir di Kaki’ karya Norhisham Mustafa wajar dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat

No comments:

Post a Comment